Doabacaan selepas solat rumi 1 Bacaannya dalam RUMI untuk memudahkan pembacaan. Di dalam mazhab Syafie hukum membaca qunut dalam solat Subuh adalah sunat abadh sunat yang amat digalakkan. 6 Wirid dan doa selepas solatindd 6 18012010 201008 Doa-doa Selepas Solat 7 Wirid dan doa selepas solatindd 7 18012010 201009 Wirid-wirid Fadhilat-Fadhilat
Sudahbeberapa kali admin terbitkan artikel berkaitan dengan doa dalam solat. Panduan lengkap niat wuduk dan doa selepas wuduk dalam rumi. ٤ ربيع الآخر ١٤٣٦ هـ. Asy hadu allailaha illallahu wahdahu lasyarikalah, wa asy hadu anna muhammadan 'abduhu warasuluh. Panduan lengkap niat wuduk dan doa selepas wuduk dalam rumi.
DoaIftitah Dalam Solat Rumi / Doa Doa Dalam Solat Dalam Rumi Untuk Viral Media Malaya Facebook
BacaanDoa Solat Dhuha Rumi Dan Jawi. Adakah hari ini anda sudah menunaikan solat Dhuha dan berdoa yang baik-baik sahaja. Biasanya solat sunat Dhuha dikerjakan di awal bagi iaitu Waktu paling afdal / sesuai untuk solat : Pagi - 20 minit selepas matahari terbit. Anggaran 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari (Sebelum zuhur).
Doaselepas solat tahajud rumi wirid dan doa. Bacaan doa selepas ambil wuduk rumi dan jawi disediakan dilaman ini untuk memudahkan anda belajar serta menghafal dengan lebih pantas. Lafaz niat boleh dilisankan atau cukup sekadar lintasan dalam hati ketika mula untuk membasuh bahagian muka. Doa selepas solat tahajud rumi wirid dan doa. Asy
contoh soal essay tentang hak atas kekayaan intelektual. Ini adalah tatacara lengkap niat dan cara melakukan Solat Tahajjud. Panduan ini akan membimbing anda melakukan Solat Sunat Tahajjud dengan betul, lengkap dengan Doa Tahajjud. Apa yang penting Anda akan dibimbing langkah demi langkah sehingga selesai. Setiap bacaan juga dipermudahkan dalam ejaan rumi jika anda menghadapi kesukaran membaca tulisan arab Tanpa buang masa mari kita ikuti panduan ini.. Isi KandunganApakah Maksud Solat TahajjudBila Waktu Solat Tahajjud?Bolehkah Solat Tahajjud Ketika Bangun Sahur?Adakah Wajib Tidur Terlebih Dahulu Sebelum Solat Tahajjud?Bolehkah Tidur Selepas Solat Tahajjud?Niat Solat TahajjudBerapa Rakaat Solat Tahajjud?Cara Mengerjakan Solat TahajjudRingkasan Cara Solat Sunat Tahajud Doa Solat TahajjudWirid Dan Zikir Selepas Solat TahajjudDoa Selepas Solat TahajjudFadhilat & Kelebihan Solat TahajjudKelebihan Solat Tahajjud Menurut Imam al-GhazaliLima Ganjaran Tahajjud di DuniaSoal Jawab Masalah Berkaitan Solat TahajjudPenutup Allah Membuka Pintu Langit Kepada HambaNya Apakah Maksud Solat Tahajjud Solat Sunat Tahajjud صلاة سنة التهجد merupakan solat sunat yang dilakukan pada waktu malam selepas terbangun dari tidur iaitu pada sepertiga malam. Tahajjud menurut penggunaan bahasa bermaksud berjaga malam atau meninggalkan tidur. Oleh itu, Solat Tahajjud juga disebut sebagai Qiyamullail. Solat sunat tahajjud digalakkan agar didirikan setiap malam. Solat Tahajjud ini seharusnya menjadi amalan lazim setiap muslim dalam usaha mendapat keredhaan dan keampunan Allah SWT. Ini kerana melalui Solat Tahajjud ini seseorang hamba dapat bermunajat dan mengadu secara langsung kepada Allah SWT didalam suasana yang cukup hening dan sunyi di kala manusia lain sedang lena tidur. Suasana ini menghadirkan rasa kekerdilan, keinsafan dan kelemahan diri sebagai hamba Allah yang hakikatnya tidak boleh lari daripada kebergantungan kepada Allah semata-mata. Dan bangunlah pada sebahagian daripada waktu malam serta kerjakanlah solat tahajud padanya sebagai solat tambahan bagi kamu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.” – Surah al-Isra’ ayat 79 Solat Sunat Tahajud sangat digalakkan dilakukan bersama-sama dengan Solat Taubat Rasulullah SAW dan para sahabat tidak pernah meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka. Dalam sebuah hadis menceritakan bahawa Rasulullah SAW begitu istiqamah melakukan Solat Sunat Tahajjud atau solat malam sehingga kaki baginda bengkak-bengkak kerana lamanya berdiri dalam solat. Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah melaksanakan solat sehingga kedua-dua kaki Baginda bengkak kerana lamanya berdiri. Seseorang pernah bertanya kepada Baginda Mengapakah kamu melakukan hal sedemikian sedangkan sudah tertulis bahawa Allah telah mengampuni segala dosa kamu yang telah lalu dan akan datang. Baginda pun bersabda Adakah aku tidak boleh menjadi hamba yang banyak bersyukur kepadaNya” – Hadis riwayat al-Tirmizi Bila Waktu Solat Tahajjud? Solat Sunat Tahajjud idealnya dilakukan setelah bangun tidur, lebih tepatnya pada akhir malam, sebelum terbitnya fajar Subuh. Waktu Tahajjud terbaik adalah 1/3 malam terakhir, sekitar pukul 3 atau 4 pagi, dan berlanjut hingga waktu Subuh. Bolehkah Solat Tahajjud Ketika Bangun Sahur? Ya, semestinya boleh. Jika seseorang bangun untuk sahur, disarankan untuk mengerjakan solat sunat tahajjud terlebih dahulu, sebelum memulakan makan sahur. Jadi, selagi waktu Subuh belum masuk, masih ada peluang untuk mengerjakan solat sunat tahajjud. Adakah Wajib Tidur Terlebih Dahulu Sebelum Solat Tahajjud? Ulama berbeza pendapat tentang Solat Tahajjud. Menurut Imam al-Qurtubi, tahajjud bererti bangun dari tidur. Walau tidur bukan syarat, paling afdal adalah tidur dahulu, bangun, dan mengerjakan solat Tahajud, mengikuti sunnah Rasulullah. Ini menunjukkan kesungguhan melawan malas dan mengantuk. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Hajjaj bin Umar, sahabat Rasulullah SAW bahawa beliau berkata Adakah salah seorang daripada kamu menyangka apabila dia berjaga sepanjang malam, dia dikira bertahajud. Tahajjud itu adalah mendirikan solat selepas tidur, kemudian mendirikan solat selepas tidur, kemudian mendirikan solat selepas tidur. Begitulah cara Rasulullah SAW mendirikan solat malam” – Riwayat Ismail bin Ishaq Bolehkah Tidur Selepas Solat Tahajjud? Ya, anda boleh tidur selepas menunaikan Solat Tahajjud. Solat Tahajjud merupakan solat sunat yang dilakukan pada waktu malam, selepas solat Isyak dan sebelum masuk waktu Subuh. Tiada sebarang larangan dalam agama Islam untuk tidur selepas menunaikan solat tahajjud. Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa Solat Subuh adalah solat yang wajib dan harus ditunaikan. Oleh itu, jika anda memilih untuk tidur selepas solat tahajud, pastikan anda dapat bangun pada waktunya untuk menunaikan solat Subuh. Lafaz niat Solat Sunat Tahajjud adalah seperti berikut Usolli Sunnatat-Tahajjudi Rak’ataini Lilaahi Ta’ala Atau niat dalam Bahasa Melayu Sahaja aku solat tahajjud dua rakaat kerana Allah Taala Berapa Rakaat Solat Tahajjud? Bilangan rakaat solat sunat tahajjud tidak ditentukan secara spesifik, minimumnya dua rakaat. Tahajjud boleh dilakukan dua, empat, enam, lapan, atau dua belas rakaat, atau mengikut kemampuan anda. Nabi SAW menyeru untuk bersolat malam sekalipun hanya dua rakaat. Tatacara perlaksanaannya sama dengan solat sunat yang lain. Nabi SAW bersabda dalam sebuat hadis Solatlah daripada sebahagian malam sekalipun empat rakaat, solatlah sekalipun dua rakaat. Tidak ada daripada ahli keluarga yang dikenali yang mana mereka sentiasa bersolat malam kecuali akan diserukan kepada mereka oleh seorang penyeru Wahai ahli keluarga ini! Bangunlah bersolat malam.” – Hadis riwayat al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Imam Tetapi apa yang lebih penting, sebolehnya ia dilakukan secara istiqamah setiap malam walaupun hanya dilakukan 2 rakaat sahaja. Perlaksanaan cara solat tahajud ini adalah sama seperti solat-solat sunat yang lain. Cara Mengerjakan Solat Tahajjud Di bawah ini merupakan cara melaksanakan solat Sunat Tahajjud secara langkah demi langkah. Cara solat tahajud dari segi pergerakan adalah sama seperti solat-solat yang lain. Ringkasan Cara Solat Sunat Tahajud Berikut adalah ringkasan untuk mengerjakan solat ini Niat Solat Tahajjud Rakaat Pertama Al Fatihah Al Kafirun Rakaat Kedua Al Fatihah Al Ikhlas Membaca Doa Tahajjud Cara lengkap mengerjakan Solat Sunat Tahajjud adalah seperti berikut Rakaat Pertama 1. Solat Dimulakan Dengan Takbiratul ihram. Niat Solat Sunat Tahajjud Semasa mengangkat takbir, bacakan niat Solat Sunat Tahajjud dalam hati Usolli Sunnatat-Tahajjudi Rak’ataini Lilaahi Ta’ala Atau niat dalam Bahasa Melayu Sahaja aku solat tahajjud dua rakaat kerana Allah Taala * Niat solat juga boleh dilafazkan sebelum mengangkat takbir. 2. Bacalah Surah al-Fatihah. Pada kebiasaannya, solat sunat terus dibaca al fatihah tanpa doa iftitah terlebih dahulu. Tetapi jika ingin membaca iftitah juga, maka ia adalah perbuatan sunat dapat pahala membaca Surah al-Fatihah adalah sebahagian daripada rukun solat. Oleh itu ia wajib dibacakan dalam semua solat. Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka nabudu wa iyyāka nastaīn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna anamta alaihim, ghairil-magḍūbi alaihim wa laḍ-ḍāllīn 3. Kemudian, Baca Surah al-Kafirun Selesai baca al-Fatihah, maka bacalah pula surah pendek daripada mana-mana surah al-Quran. Antaranya surah pendek yang boleh dibaca adalah al-Kafirun Qul Yā Ayyuhal-Kāfirūn. Lā ABudu Mā TaBudūn. Wa Lā Antum Ābidūna Mā ABud. Wa Lā Ana Ābidum Mā Abattum. Wa Lā Antum Ābidūna Mā ABud. Lakum Dīnukum Wa Liya Dīn Maksudnya Katakanlah wahai Muhammad “Hai orang-orang kafir! “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. “Dan kamu tidak mahu menyembah Allah yang aku sembah. “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”. 4. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa. Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih 5. Kemudian Bangun Iktidal Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak iktidal, kemudian bacalah Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh 6. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud Semasa sujud bacakan bacaan sujud Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 7. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud Baca bacaan antara dua sujud Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa AaFini Wa’fu Anni 8. Kemudian Lakukan Sujud Kedua Semasa sujud bacakan bacaan sujud Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 9. Duduk Istirahat Seketika Sebelum Bangun Untuk Rakaat Kedua. Sebelum bangun ke rakaat kedua, duduk istirahat sebentar lebih kurang 3 saat sebelum bangun berdiri untuk rakaat seterusnya. Posisi Duduk Istirahat Rakaat Kedua 10. Rakaat Kedua Dimulai Dengan Lafaz Takbir intiqalat Selepas bangun dari duduk istirahah, maka bertakbirlah untuk rakaat kedua. Takbir intiqalat bermaksud takbir permulaan rakaat kedua. 11. Baca Surah al-Fatihah Seperti rakaat pertama, sekali lagi pada rakaat kedua dibacakan surah al-Fatihah. Surah al-Fatihah Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka nabudu wa iyyāka nastaīn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna anamta alaihim, ghairil-magḍūbi alaihim wa laḍ-ḍāllīn 12. Seterusnya Membaca al-Ikhlas Selesai membaca al-Fatihah, maka bacalah pula surah al-ikhlas Qul Huwallāhu Aḥad. Allāhuṣ-Ṣamad. Lam Yalid Wa Lam Yūlad. Wa Lam Yakul Lahū Kufuwan Aḥad Maksudnya Katakanlah wahai Muhammad “Tuhanku ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”. Seperti rakaat pertama, kita bebas untuk membaca mana-mana surah yang kita mahu dan ingat. 13. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa. Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih 14. Kemudian Bangun Iktidal Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak iktidal, kemudian bacalah Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh 15. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud Semasa sujud bacakan bacaan sujud Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 16. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud Baca bacaan antara dua sujud Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa AaFini Wa’fu Anni 17. Kemudian Lakukan Sujud Kedua Semasa sujud bacakan bacaan sujud Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih 18. Bangun Dari Sujud, Terus Lakukan tahiyyat akhir 19. Selesai Tahiyat, Solat Diakhiri Dengan Memberi Salam. Akhir solat dengan memberi salam dua kali, bermula dari kanan kemudian memalingkan muka ke kiri. Palingkan muka ke sebelah kanan, dan ucapkan salam seperti berikut Assalamualaikum Warahmatullah Maksudnya Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya … kemudian palingkan pula muka ke sebelah kiri dan ucapkan salam kedua Assalamualaikum Warahmatullah Sekiranya ingin menambah lagi solat sunat Tahajjud, maka boleh meneruskan lagi dengan dua rakaat — dua rakaat selepas memberi salam dengan mengulangi semula niat solat sunat Tahajjud. Doa Solat Tahajjud Wirid Dan Zikir Selepas Solat Tahajjud Jika anda ingin mengerjakan solat sunat yang lain seperti Solat Witir selepas Solat Tahajjud ini, anda boleh tinggalkan bacaan wirid ini dan teruskan sahaja membaca Doa Solat Tahajjud seperti mana di bawah. Tiada bacaan wirid atau zikir khas untuk solat Tahajjud dari mana-mana kitab. Namun, tidak menjadi masalah jika kita ingin melakukan zikir dan wirid selepas solat Tahajjud. Hukumnya adalah harus. Antara wirid dan zikir yang boleh dibacakan adalah bacaan-bacaan wirid al-Qusyasyiyyah ringkas, yang lazim dibacakan selepas solat fardu. Bacaannya adalah seperti berikut 1. Membaca Istighfar AsTaghFirullahal–Azim AllaDzi Laa IlaaHa IlLaa Huwal-Hayyul Qayyum Wa AtuuBu ILaiHi Aku memohon ampun kepada Allah Yang Maha Besar, tiada tuhan selain Dia, yang hidup lagi sentiasa berkuasa dan aku bertaubat kepadaNya 2. Membaca Pengakuan Tauhid Laa iLaaHa ilLallahu WahDahu Laa SyariKa Lahu, Lahul-Hamdu Yuhyi WaYuMiiTu WaHuwa ALaa Kulli Syai-In QoDirr Tiada tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan Allah, tiada sekutu bagiNya, bagi Allah seluruh kekuasaan dan untuk Allah segala kepujiaan. Dia menghidupkan dan mematikan, Dialah amat berkuasa atas segala sesuatu. 3. Seterusnya, Memohon Dijauhkan Azab Neraka AllahumMa AjirNa MinanNar Ya Allah jauhkan aku daripada azab api neraka Nota Boleh ganti Ajirna أَجِرْنَا dengan AjirNi أَجِرْنِى jika solat sendirian 4. Seterusnya, Memohon Keselamatan AllahumMa Antas-Salam, Wa Minkas-Salam, Wa iLaiKa Ya UuDus-Salam, FaHayyiNa Rabbana BisSalam, Wa AdHilNal-JannaTa DaaRas-Salam, TaBaaRakTa RabbaNa Wa Ta’AaLaiTa Yaa Dzal-JalaaLi Wal Ikram. Ya Allah Engkaulah penyelamat sejahtera, daripada Engkaulah datangnya kesejahteraan, kepada Engkaulah kembalinya kesejahteraan itu, oleh yang demikian hidupkanlah kami dengan selamat sejahtera dan masukkan kami ke syurga, negara yang aman sejahtera, bertambah-tambah berkatMu Ya Allah Tuhan kami dan Maha Tinggi, ya Allah yang empunya segala kebesaran dan kemuliaan. 5. Seterusnya, Membaca Ta’awuz Aa-UuDzu Billahi Minasy-SyaiThonir-Rojim Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam 6. Seterusnya Membaca Al-Fatihah Bismillāhir-Raḥmānir-Raḥīm. Al-Ḥamdu Lillāhi Rabbil-Ālamīn. Ar-Raḥmānir-Raḥīm. Māliki Yaumid-Dīn. Iyyāka NaBudu Wa Iyyāka NastaĪn. Ihdinaṣ-Ṣirāṭal-Mustaqīm. Ṣirāṭallażīna AnAmta Alaihim, Gairil-Magḍūbi Alaihim Wa Laḍ-Ḍāllīn Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan hari Akhirat. Engkaulah sahaja Ya Allah Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat. 7. Seterusnya Membaca Ayat Kursi allāhu lā ilāha illā huw, al-ḥayyul-qayyūm, lā ta’khużuhū sinatuw wa lā naum, lahū mā fis-samāwāti wa mā fil-arḍ, man żallażī yasyfau indahū illā bi’iżnih, yalamu mā baina aidīhim wa mā khalfahum, wa lā yuḥīṭūna bisyai’im min ilmihī illā bimā syā’, wasia kursiyyuhus-samāwāti wal-arḍ, wa lā ya’ūduhū ḥifẓuhumā, wa huwal-aliyyul-aẓīm Allah, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhlukNya. Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat pertolongan di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari kandungan ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki memberitahu kepadanya. Luasnya Kursi Allah ilmuNya dan kekuasaanNya meliputi langit dan bumi, dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi darjat kemuliaanNya, lagi Maha Besar kekuasaanNya 8. Seterusnya Membaca al-Ikhlas Qul huwallāhu aḥad. Allāhuṣ-ṣamad. Lam yalid wa lam yūlad. Wa lam yakul lahū kufuwan aḥad. Katakanlah wahai Muhammad “Tuhanku ialah Allah Yang Maha Esa, Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat, Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan, Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya. 9. Seterusnya Membaca al-Falaq qul aūżu birabbil-falaq. min syarri mā khalaq. wa min syarri gāsiqin iżā waqab. wa min syarrin-naffāṡāti fil-uqad. wa min syarri ḥāsidin iżā ḥasad Katakanlah wahai Muhammad, “Aku berlindung kepada Allah Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan, Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk, Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan dan ikatan-ikatan, Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya. 10. Seterusnya Membaca an-Nas qul aūżu birabbin-nās. malikin-nās. ilāhin-nās. min syarril-waswāsil-khannās. allażī yuwaswisu fī ṣudūrin-nās. minal jinnati wan-nās Katakanlah wahai Muhammad “Aku berlindung kepada Allah Pemulihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia, Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, Iaitu pembisik dan penghasut dari kalangan jin dan manusia. 11. AllahumMa Aa-inNaa ALaa DzikRiKa Wa HusNi IbaaDaaTik Ya Allah, bantulah kami untuk mengingati-Mu, bersyukur kepadaMu dan memperelokkan ibadah kami terhadapMu 12. Membaca Tasbih “SubHaaNallah” iLaaHii Yaa Rabbi — SubHaaNallah Ya Allah Ya Tuhanku — Maha Suci Allah 13. Membaca SubhaaNallah 33 Kali SubHaaNallah 33 Kali Maha Suci Allah 14. Membaca Tahmid SubHaaNallahi Wa BiHamDiHi Daa Imann AbaDaa — Alhamdulillah Maha Suci Allah, aku bertasbih sambil memuji-muji kekal sentiasa selama-lamanya — segala pujian hanya bagi Allah 15. Membaca Alhamdulillah Sebanyak 33 Kali Alhamdulillah 33 Kali Segala pujian hanya bagi Allah 16. Membaca Takbir Alhamdulillahi Rabbil-AaLaMin Alaa Kulli HaaLin Wa Ni’Matin — Allahu Akbar Segala pujian hanya bagi Allah, Tuhan pentadbir sekalian alam, mana-mana juga keadaan dan nikmat pengurniaanNya — Allah Maha Besar 17. Membaca Allahu Akbar Sebanyak 33 Kali Allahu Akbar 33 Kali Allah Maha Besar 18. Membaca Pelengkap Tasbih, Tahmid dan Takbir Allahu Akbar KabiiRaw WalhamDulillahi KaTsiRaw WaSubHaaNallahi BukRataw Wa ASiiLaa Allah Maha Besar, sungguh Maha Besar dan segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya dan Maha Suci Allah pada waktu pagi dan petang. Laa iLaaHa ilLallahu WahDaHu Laa SyariiKa LaHu, LaHul-Mulku WaLahul-Hamdu YuhYi Wa YumiiTu WaHuWa ALaa Kulli Syai-in Qadir Tiada Tuhan melainkan Allah, Yang Esa dan tiada sekutu bagiNya. Baginya Segala kekuasaan dan bagiNya segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Dia Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu. WaLaa HawLa Walaa QuwWaTa ilLaa Billahil-Aliyyil Azim Dan tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung 19. AllahumMa Laa MaaNi’A LiMaa A’Thoit, Wa Laa Mu’ThiYa LiMaa MaNa’Ta WaLaa RadDa LiMaa QoDhoit, Wa Laa YanFa’U DzaalJaddi MinKal Jadd Ya Allah, Wahai Tuhan kami, tidak ada sesiapa pun yang boleh menghalang apa yang Engkau kurniakan, dan tidak ada sesiapa pun yang boleh memberi apa yang Engkau halangkan, dan tidak ada sesiapa pun yang boleh menolak apa yang Engkau putuskan dan tidak memberi manfaat kemuliaan kepada pemiliknya, daripadaMu datangnya segala kemuliaan. 20. WaQooLa RobbukuMud-UuNii AsTajib Lakum Dan Allah berfirman Berdoalah kepadaKu nescaya Aku akan menerimanya daripada kamu Doa Selepas Solat Tahajjud Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat sunat Tahajjud sepanjang hayatnya. Selesai solat, Rasulullah SAW membaca doa berikut Allahumma Lakal-Hamdu Anta Qoyyimus-SamaWaa Tiwal-Ardhi Waman Fii-Hinna, Walakal Hamdu Laka Mulkus-Samaa Waa Tiwal-Ardhi Waman Fii-Hinna, Walakal-Hamdu NuuRus-Samaa Waa Tiwal-Ardhi, Walakal-Hamdu Antal-Haqq WaWa’-Dukal Haqq WaLiqoo-Uka Haqq WaQauLuka Haqq Wal-Jannatu Haqq WanNaRu Haqq, WanNabiyYuuna Haqq, WaMuHamMaDun Sollallahu AlaihiWasallam Haqq, WasSa-ATu Haqq AllaHumMa Laka AslamTu, Wabika Amantu, Wa Alaika TawakKalTu Wa iLaiKa AnabTu Wabika KhoSomTu, Wa iLaiKa Hakamtu, FagFirLi MaaQadDamTu, WaMaa Akh-KhorTu WaMaa AsRarTu WaMaa A’-LanTu, AnTal MuQodDimu Wa Antal Mu-Akh-Khiru, Laa iLaha illa Anta Au Laa iLaha GhoiRuKa WaLaa HauLa Walaa QuwWata illa Billahi Maksudnya Ya Allah, bagiMu segala puji, Engkaulah penegak langit dan bumi serta segala isinya. BagiMulah segala puji, Engkau raja penguasa langit dan bumi. BagiMulah segala puji, pemancar cahaya langit dan bumi. BagiMulah segala puji, Engkaulah yang benar, janjiMu adalah benar, perjumpaanMu itu adalah benar, firmanMu adalah benar, syurga adalah benar, neraka adalah benar, para nabi adalah benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar, dan hari kiamat adalah benar. Ya Allah, kepadaMulah aku berserah diri, kepadaMulah aku kembali, kepadaMulah aku rindu, dan kepada Engkaulah aku berhukum. Ampuni aku atas kesalahan yang telah aku lakukan dan yang sebelumnya, baik yang aku sembunyikan mahupun yang dinyatakan. Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan Tuhan yang terakhir. Tiada Tuhan melainkan Engkau. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan kekuasaan Allah. Doa ini adalah menurut riwayat Ibn Majah daripada Abdullah Ibn Abbas dan riwayat al-Bukhari, no 1120, 6317, 7385 dan Muslim no 769 Fadhilat & Kelebihan Solat Tahajjud Banyak kelebihan melakukan solat sunat tahajjud. Antara kelebihan solat sunat tahajjud ialah makbul doa, tenang hati serta fikiran, murah rezeki dan mendapat perlindungan daripada pengkhianatan manusia. Yang paling penting adalah waktu ini pintu taubat terbuka luas. Antara dalil kelebihan solat sunat Tahajjud adalah 1. Pencegah Dosa dan Menghalang Penyakit Rasulullah SAW bersabda kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada TuhanMu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari amalan dosa dan dapat menghalangi penyakit — Riwayat Tirmizi dan Ahmad Malah, dengan solat tahajjud juga akan menjadikan diri kita lebih kuat dan lebih produktif. Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa tahajud adalah kehormatan seseorang mukmin kerana ia memberikan masa peribadi antara kita dengan Tuhan. Jika kita percaya bahawa kita milik-Nya dan kita akan kembali kepada-Nya, maka laburkan sedikit masa spiritual kita dengan tahajud dan lihatlah bagaimana kekuatan dan produktiviti ktia akan meningkat! 2. Solat Yang Paling Utama Selepas Solat Fardu Abu Hurairah RA meriwayatkan sebuah hadis bahawa Rasulullah SAW bersabda Sebaik-baik puasa selepas bulan Ramadan adalah bulan Allah Muharram dan sebaik-baik solat selepas solat fardu adalah solat malam tahajjud” – Hadis riwayat Muslim Dalam hadis ini, solat tahajjud disebut sebagai solat sunat yang afdal dilakukan selepas solat fardu lima waktu. Ini sekaligus menunjukkan kelebihan yang terdapat dalam solat tersebut. 3. Dimasukkan Dalam Syurga Tanpa Sebarang Hisab Rasulullah SAW bersabda Seluruh manusia akan dihimpunkan di suatu kawasan pada hari kiamat, lalu kedengaran satu suara yang menyeru Siapakah di dunia yang telah meninggalkan tempat-tempat tidur mereka untuk qiamullail?’ Lalu sekumpulan kecil yang bangun malam itu masuk syurga tanpa hisab. Selepas itu barulah diperintahkan oleh Allah SWT untuk dilakukan hisab kepada semua manusia — Riwayat al-Baihaqi daripada Asma binti Yazid 4. Diberikan Kebaikan Oleh Allah SWT Pada Setiap Malam Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda Sesungguhnya pada malam hari ada satu waktu, tidak ada seorang Muslim yang meminta kebaikan dari urusan dunia dan akhirat melainkan Allah mengabulkan permintaannya. Hal tersebut berlaku setiap malam” – Hadis riwayat Muslim Waktu yang dimaksudkan dalam hadis di atas adalah waktu selepas pertengahan malam yang mana kebaikan yang dipohon adalah melalui Solat Sunat Tahajud ataupun Qiyamullail. 5. Diberi Rahmat Kepada Pasangan Suami Isteri Yang Solat Malam Abu Hurairah RA juga meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda Semoga Allah merahmati seorang suami yang bangun pada malam hari, kemudian melakukan solat dan membangunkan isterinya untuk solat bersama. Ketika isterinya enggan bangun dari tidurnya, maka dia merenjiskan air ke wajahnya. Dan semoga Allah merahmati seorang isteri yang bangun pada malam hari, lalu melakukan solat dan membangunkan suaminya. Ketika suaminya enggan bangun dari tidurnya, maka dia pun merenjiskan air ke wajahnya” – Hadis riwayat Abu Daud Hadis ini mengkhabarkan bahawa Allah SWT mengurniakan rahmat kepada pasangan suami isteri yang bangun pada waktu malam untuk melaksanakan solat tahajjud yang mana suami atau isteri tersebut membangunkan pasangannya untuk solat bersama dengan kasih sayang. 6. Benteng Dan Perisai Yang Kuat Untuk Menangkis Syaitan Dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW menegaskan bahawa solat tahajjud merupakan benteng dan perisai yang kuat dalam menangkis dan meleraikan kawalan syaitan. Baginda bersabda Ketika kamu tidur, syaitan akan membuat tiga ikatan di leher kamu. Di setiap ikatan syaitan akan mengatakan Malam masih panjang, tidurlah! Jika dia bangun lalu berzikir kepada Allah, lerailah satu ikatan. Kemudian jika dia berwuduk, lerailah lagi satu ikatan berikutnya. Kemudian jika dia mengerjakan solat, lerailah ikatan terakhir. Pada pagi hari dia akan bersemangat dan bergembira. Jika dia tidak melakukan seperti ini, jiwanya menjadi kotor dan malas” – Hadis riwayat al-Bukhari daripada Abu Hurairah Realitinya, hadis ini merupakan sumber motivasi dan galakan bagi seorang muslim untuk menjalani hari-harinya dengan penuh semangat di samping mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT di waktu orang lain sedang lena tidur. Rahsianya adalah bangun malam, mensucikan diri dengan berwuduk lalu mengerjakan solat malam. Itulah sebaik-baik perisai untuk melindungi diri daripada bisikan syaitan. Untuk membersihkan hati kita daripada sebarang kebencian terhadap orang Islam lain. Untuk sentiasa mempunyai rasa takut dalam hati kita terhadap Tuhan dan menyedari bahawa hidup kita sangat singkat. Untuk memahami manfaat tahajud. Untuk mencintai Allah, dan mempunyai iman yang kuat apabila kita bangun solat malam memanggil’ Allah. Lima Ganjaran Tahajjud di Dunia 1. Jauh Daripada Semua Penyakit Salman Al-Farisi menceritakan, Rasulullah SAW pernah bersabda; Kerjakanlah solat malam, kerana itu adalah kebiasaan orang soleh sebelum kamu, jalan mendekatkan diri kepada Tuhan, penebus kesalahan, pencegah dosa, serta penghindar penyakit.” 2. Dikurniakan Kesan Takwa Pada Wajah Pernahkah melihat wajah-wajah ahli ibadah yang mengamalkan solat malam? Bukankah wajah mereka kelihatan berseri dan tenang? Itulah bukti anugerah yang Allah berikan kepadanya. Bukan itu sahaja, dengan melihat wajah mereka sahaja pun kita berasa cukup bahagia dan seronok, bahkan terasa mahu melihatnya berkali-kali. 3. Dikasihi Oleh Semua Manusia Sesiapa yang mengamalkan ibadah malam pasti akan dikasihi oleh setiap manusia, apatah lagi oleh Allah SWT. Begitulah ciri-ciri orang yang beriman dan beramal dengan Allah pasti akan mendapat kasih sayang dari sesiapa pun. 4. Percakapan Dan Perbuatannya Mengandungi Hikmah Kebijaksanaan Sesungguhnya ciri-ciri mereka yang beriman adalah yang menjaga adab dan pertuturan kata-kata mereka. Golongan ini sudah tentu tidak berbicara hal yang melalaikan tetapi setiap kata-kata mereka adalah yang bermanfaat dan berhikmah. Begitu juga dalam perbuatan dan tindak tanduk mereka yang sentiasa berusaha menjauhi perkara yang melalaikan dan berlumba-lumba melakukan kebaikan yang mendekatkan diri kepada Allah SWT. 5. Dikurniakan Kekuatan Dan Rezeki Halal dan Diberkati Dengan menunaikan setiap amal ibadah kepada Allah SWT, tidak kiralah apapun ibadahnya pasti akan ditunaikan rezeki yang melimpah-ruah, seperti makanan yang enak, kesihatan, keluarga yang bahagia dan sebagainya. Bahkan setiap rezeki akan diberkati oleh Allah SWT. Soal Jawab Masalah Berkaitan Solat Tahajjud Berikut disenaraikan soal jawab bagi beberapa masalah lazim yang berkaitan dengan perlaksanaan Solat Tahajjud Adakah Solat Tahajud Harus Tidur Terlebih Dahulu?Para ulama ada perbezaan pandangan tentang isu ini. Imam al-Qurtubi mendefinisikan tahajjud sebagai bangkit dari tidur, jadi nama Solat Sunat Tahajjud diberi berdasarkan konsep ini. Oleh itu, tidur sebelum melakukan solat ini lebih selaras dengan makna dan tujuan solat tersebut. Jika Melakukan Solat Tahajjud Dan Solat Taubat, Yang Mana Harus Didahulukan?Dahulukan Solat Tahajjud sebagai menghormati empunya waktu solat. Adakah Boleh Melakukan Solat Tahajjud Jika Sudah Melakukan Witir?Mendirikan solat Tahajjud selepas solat Witir hukumnya tidak makruh tetap mendapat pahala sunat. Namun lebih baik menjadi Solat Witir sebagai solat malam yang paling akhir. Apakah Maksud Solat Tahajjud?Solat Sunat Tahajjud صلاة سنة التهجد merupakan solat sunat yang dilakukan pada waktu malam selepas terbangun dari tidur. Apakah Hukum Solat TahajjudHukum mengerjakan Solat Tahajjud adalah muakkad sunat yang amat digalakkan. Apakah Sebab Solat Tahajjud Dilakukan?Solat Tahajjud, dilakukan dalam ketenangan malam saat orang lain tidur, membolehkan hamba berkomunikasi langsung dengan Allah, mencari redha dan ampunNya. Suasana hening dan sunyi ini menimbulkan rasa rendah diri, kesedaran dan kelemahan sebagai hamba Allah, mengingatkan kita pada kebergantungan mutlak kita pada Allah. Berapa Rakaat Solat Tahajjud?Bilangan rakaatnya tidak terbatas, tetapi sekurang-kurangnya dua rakaat dengan satu salam bagi setiap dua rakaat. Ia boleh dilakukan sebanyak mungkin mengikut kemampuan kita. Apakah Syarat Sah Solat Tahajjud? Syarat sah solat tahajjud adalah sama seperti syarat solat yang lain dengan tambahan ia dilakukan dalam waktunya iaitu pada waktu malam selepas tidur. Tidak sah sekiranya tahajjud dilakukan pada waktu siang. Apakah Kelebihan Solat Tahajjud?Antara kelebihan solat sunat tahajjud ialah makbul doa, tenang hati serta fikiran, murah rezeki dan mendapat perlindungan daripada pengkhianatan manusia. Dan yang paling penting adalah waktu ini pintu taubat terbuka luas. Cara Solat Tahajjud 4 RakaatUntuk solat tahajjud 4 rakaat, kaedah yang paling afdal mengikut sunnah Nabi ﷺ adalah solat secara 2 rakaat + 2 rakaat Bolehkah Solat Tahajjud Dilakukan Jika Tidak Tidur?Orang yang berjaga malam dan mengerjakan Solat Tahajjud di akhir malam TETAP mendapat ganjaran. Namun, yang lebih utama adalah tidur dulu, kemudian bangun di akhir malam untuk Solat Tahajjud. Cara ini menepati makna dan tujuan solat Tahajjud – solat setelah terjaga dari tidur dan mengikuti sunnah Rasulullah SAW. Apakah Jenis Tidur Yang Dimaksudkan Untuk Tahajjud?Tidur yang dimaksudkan dalam mazhab Syafi’e adalah tidur selepas masuk waktu Isyak. Tidur sebelum masuk waktu Isyak belum dianggap cukup mengikut Imam Ibnu Qasim dan Imam Ar-Ramli. Namun ia dianggap sudah mencukupi mengikut Imam Ibnu Hajar al-Haitami dalam Syarh al-Irsyad. Bolehkah Tidur Selepas Solat Tahajjud?Boleh. Tiada larangan untuk tidur selepas mengerjakan Solat Tahajjud. Ketika Bangun Sahur, Adakah Dibolehkan Melakukan Solat Tahajjud?Mana-mana solat sunat yang dilakukan pada waktu malam disebut Qiyamullail. Jika ia dilakukan selepas solat Isyak dan selepas tidur, maka ia barulah disebut solat tahajjud. Oleh itu, Solat Tahajjud adalah solat malam qiyamullail, tetapi solat malam belum tentu solat Tahajjud. Bolehkah Melakukan Solat Tahajjud Secara Berjemaah?Melakukan Tahajjud secara berseorang diri munfarid adalah lebih afdhal. Solat-solat yang termasuk dalam kategori solat Tahajjud ini memiliki kesamaan laitu tidak disunatkan untuk dilakukan dengan cara berjemaah. Walau bagaimanapun, jika ia dilakukan berjemaah, maka sah. Lihat Al-Majmu’, 4/5 Jika Melakukan Solat Tahajjud Secara Berjemaah, Adakah Akan Mendapat Pahala Solat Berjemaah Juga?Solat Tahajjud boleh dilakukan berjemaah, tetapi pahalanya hanya untuk pelaksanaan solat Tahajjud, bukan jemaah. Namun, jika ada manfaat seperti mengajar orang lain solat Tahajjud, solat berjemaah memperoleh pahala. Namun, hal ini tidak boleh menimbulkan kekeliruan, seperti anggapan solat Tahajjud berjemaah adalah sunnah. Rujuk Bughyah al-Mustarsyidin, ms. 136 Adakah Solat Tahajjud Boleh Diqadha?Dibolehkan disunatkan mengqadha’ solat Tahajjud yang selalu dilakukan. Penutup Allah Membuka Pintu Langit Kepada HambaNya Solat malam adalah satu peluang keemasan ditawarkan kepada manusia untuk mengeratkan perhubungan kita dengan Allah. Pada sepertiga malam pintu langit terbuka luas menerima taubat hamba-Nya. Kesusahan hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya, tetapi bagi mereka yang biasa, ia menjadi satu kenikmatan pula. Malah, bagi yang dapat menghayatinya mereka akan berasa kerugian besar jika tertinggal daripada mengerjakan solat berkenaan. Semoga panduan ini dapat membantu anda. Nota Rujukan Fiqh Populer Terjemah Fathul Mu’in Bughyah al-Mustarsyidin, ms. 136 Indahnya Hidup Bersyariat — Allahyarham Dato’ Ismail Kamus [Pautan] Ensiklopedia Solat — Rohidzir Rais, Fuad Ismail, Mohd Wahid Abd Hanif Ensiklopedia A-Z Tentang Solat — Dr Nik Yusri Musa Ensiklopedia Solat Solat Tahajjud — TV3 Official [Pautan] Bimbingan Lengkap Solat Sunat — Dato’ Dr. Mahmood Haji Abdul Majib, Rohidzir Rais [Pautan] Solat Sunat Harian — Ustaz Mohd Faez B. Mohd Shah al-Hashimi 1157 Persoalan Solat — Ustaz Muhadir Haji Joll [Pautan] Nihayah az-Zain, ms. 113 Tuhfah al-Muhtaj ma’a Hawasyi asy-Syarwani wa al-Ubbadi 3/276
Doa Tahajud Melayu Doa Selepas Sembahyang Tahajud Rumi. doa selepas solat tahajud dalam rumi – Sally Miller, Doa Solat Tahajud Dalam Rumi Doa Selepas Solat Tahajud Rumi Pdf My Doa Selepas Solat Tahajud Dalam Rumi Cara Solat Tahajjud Yang Betul. Doa Tahajud Melayu Doa Selepas Sembahyang Tahajud Rumi selamat ringkas rumi ucapan majlis kesyukuran teks himpunan famine 1001 keselamatan 1001ucapan horseman bacaan allah melayu pangaea dosa geographical dosaku Doa Selepas Solat Tahajud Dalam Rumi – Bacaan Doa Qunut Dalam Rumi doa rumi solat selepas taubat babab bacaan tahajud fardhu qunut wirid Doa Selepas Solat Tahajud Dalam Bahasa Rumi – Kumpulan Doa solat doa tahajud niat rumi selepas sholat waktu wirid rukun Incredible Doa Selepas Solat Tahajud Rumi References Doa Sebelum Solat Tahajud Rumi Sholat Tahajud Doa – Kumpulan Doa doa tahajud sholat solat membaca dhuha tahajjud bacaan melaksanakan kitapunya artinya gambar selepas dzikir niat mengerjakan berdzikir allah bijak cikimmcom Sullivan Bauer doa tahajud rumi terjemahan shalat arab Doa Selepas Solat Tahajud Dalam Rumi Cara Solat Tahajjud Yang Betul Doa Sholat Tahajud Rumi – Lafaz Niat Solat Sunat Witir Bersendirian Niat Solat Tahajud Rumi – Doa Bangun Tidur Dengan Maksud Dan Bacaan Apa Arti Sholat Tahajud Muhammad Ali About Life Doa Iftitah Dalam Bahasa Melayu – Doa Iftitah Worksheet – Yuka Wanda Doa Selepas Tahiyat Akhir Rumi Bacaan Sholat Doa Setelah Tahiyat Doa Sholat Tahajud Rumi – Doa Sebelum Tahajjud Doa Kekuatan Doa Kutipan Doa Selepas Sholat Tahajud Rumi – Kumpulan Doa doa rumi tahajud sholat Doa Sholat Tahajud Dalam Tulisan Rumi At Info Doa Doa Selepas Solat Tahajud Dalam Rumi – Sally Miller Doa Tahajud Dalam Rumi – Gabrielle Bond Bacaan Doa Sholat Tahajud Latin – Ngaji Bareng doa sholat tahajud bacaan solat shalat sunnah yaitu tahajjud witir waktu Doa Sholat Tahajud Rumi Doa Selepas Solat Tahajud Dalam Rumi Doa Tahajud Text Rumi Terjemahan Doa Selepas Solat Tahajud Dalam Rumi Doa Solat Tahajud Dalam Rumi Doa Selepas Solat Tahajud Rumi Pdf My Doa Sujud Akhir Tahajud Rumi – Kumpulan Doa doa sujud akhir Doa Tahajud Dalam Rumi – Doa Sujud Akhir Tahajjud Doa Agama – Shalat doa Doa Selepas Solat Tahajud Dalam Rumi Doa Selepas Solat Fardhu Beserta Doa Sholat Tahajud Dalam Rumi doa rumi tahajud selepas solat Doa Tahjud Dalam Rumi – Anthempoolserviced Doa Selepas Solat Fardhu Dalam Rumi Doa Selepas Solat Tahajud Rumi doa rumi Sholat Tahajud Rumi / Solat Sunat Tahajjud Shafiqolbu – Lentik Menjari Doa Selepas Solat Tahajud Solat Tahajjud Doa Tahajjud Panduan Rumi solat tahajjud sunat doa tahajud sholat sembahyang hajat malam bacaan selepas niat betul ringkas kata dhuha siraplimau jamak panduan waktu Doa Sebelum Solat Tahajud Rumi Doa Sholat Tahajud Dalam Tulisan Rumi / Doa Selamat Doa Memohon Doa Solat Tahajud Dalam Bahasa Rumi – Kumpulan Doa solat doa tahajud rumi lapan sunat Bacaan doa sholat tahajud latin. Doa solat tahajud dalam bahasa rumi. Niat solat tahajud rumi
403 ERROR Request blocked. We can't connect to the server for this app or website at this time. There might be too much traffic or a configuration error. Try again later, or contact the app or website owner. If you provide content to customers through CloudFront, you can find steps to troubleshoot and help prevent this error by reviewing the CloudFront documentation. Generated by cloudfront CloudFront Request ID k6ylaFitXZomAf1ICiZmjT0rB4A9gwjwQb5UzceoWIQbLT8Bq-uYHg==
Ini adalah susunan wirid dan doa selepas solat. Panduan ini disediakan secara lengkap dan tersusun untuk memudahkan anda belajar wirid, zikir dan doa selepas solat fardhu. Apa yang menarik Bantuan audio dan ejaan dalam rumi juga turut disertakan dalam doa tersebut bagi membantu mereka yang sukar membaca tulisan arab. Semoga panduan ini dapat membantu anda melakukan ibadah solat dengan sempurna. Isi KandunganZikir Dan Wirid Selepas SolatDoa Selepas Solat FarduDoa Solat 1Doa Solat 2Doa Solat 3Doa Solat 4Doa Solat 5Doa Abu DardaDoa Selepas Solat RingkasPenutup Kepentingan Doa Zikir Dan Wirid Selepas Solat Selepas selesai menunaikan solat fardhu, amat digalakkan kita melakukan ucap tasbih, tahmid dan takbir serta istighfar. Adalah kurang elok jika selepas selesai solat, kita terus bangun dan beredar tanpa diikuti wirid dan doa. Antara wirid yang boleh diamalkan adalah wirid al-Awrad al-Qusyasyiyyah. Wirid al-Awrad al-Qusyasyiyyah adalah merujuk kepada Syaikh Ahmad al-Qusyasyi yang menyusunnya. Beliau tinggal di Madinah. Wirid ini juga dikenali dengan al-Awrad al-Madaniyyah kerana ia disusun berdasarkan pengamalan penduduk Madinah ketika bersama Baginda Nabi ﷺ. Imam al-Ghazali menulis dalam kitab Bidayah al-Hidayah, bacalah sebaik-baik pujian selepas solat daripada bacaan yang masyhur susunannya seperti mana yang disebutkan oleh Syeikh Abdul Rauf yang merupakan murid Syeikh Ahmad al-Qusyasyi di dalam kitab yang bernama Uddatul Muhtajin. Beliau menaqalkan daripada majoriti penduduk Madinah yang telah membaca wirid ini sebahagian wirid di bawah bersama Rasulullah ﷺ selepas solat. Wirid-wirid ini boleh dirujuk di dalam kitab Hidayah as-Salikin fi Suluk Maslak al-Muttaqin, karangan Syaikh Abdus Samad al-Falimbangi dan Kitab Bekalan Akhirat, karangan Syaikhuna Ahmad Fahmi bin Zamzam al-Banjari. Disini saya susunkan langkah-langkah mudah yang boleh anda ikuti untuk melakukan wirid selepas solat Untuk Solat Zuhur, Asar dan Isyak, maka tidak mengapa membaca wirid al-Qusyasyiyyah yang ringkas seperti yang ditandakan dengan simbol “🔰” 1. Mulakan Wirid Dengan Istighfar Sebanyak 3 Kali 🔰 Untuk mendapat ganjaran yang lebih, marilah kita amalkan setiap kali selesai menunaikan solat fardhu dengan ucapan istighfar di bawah sebanyak tiga 3 kali AsTaghFirullahal–Azim AllaDzi Laa IlaaHa IlLaa Huwal-Hayyul Qayyum Wa AtuuBu ILaiHi 3 kali Maksudnya Aku memohon ampun kepada Allah Yang Maha Besar, tiada tuhan selain Dia, yang hidup lagi sentiasa berkuasa dan aku bertaubat kepadaNya Keterangan Daripada Yasar RA katanya “Sesiapa yang beristighfar dengan lafaz [seperti yang diatas] nescaya akan diampunkan dosa-dosanya walaupun antara dosanya itu adalah kerana melarikan diri dari medan perang Riwayat Imam Tirmizi Daripada Muaz bin Jabal RA katanya “Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda Sesiapa yang beristighfar sebanyak tiga kali selepas Solat Subuh dan Asar dengan lafaz [seperti yang di atas] nescaya akan diampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan” 2. Membaca Pengakuan Tauhid Sebanyak 3 kali 🔰 Laa iLaaHa ilLallahu WahDahu Laa SyariKa Lahu, Lahul-Mulku, Wa Lahul-Hamdu Yuhyi WaYuMiiTu WaHuwa ALaa Kulli Syai-In QoDirr 3 Kali Maksudnya Tiada tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan Allah, tiada sekutu bagiNya, bagi Allah seluruh kekuasaan dan untuk Allah segala kepujiaan. Dia menghidupkan dan mematikan, Dialah amat berkuasa atas segala sesuatu. Keterangan Daripada Abu Zar RA katanya “Sesungguhnya Rasulullah ﷺ bersabda Sesiapa yang berzikir selepas solat Subuh, sedangkan kedua-dua kakinya mash dilipatkan dan dia juga belum bercakap, sebanyak sepuluh kali dengan lafaz [seperti di atas] nescaya ditulis baginya sepuluh kebajikan, dihapuskan daripadanya sepuluh kejahatan dan diangkatkan baginya sepuluh darjat. Pada hari itu dia akan terpelihara daripada setiap perkara yang dibencinya dan daripada gangguan syaitan. Juga tidak akan ada dosa yang dicatatkan ke atasnya pada hari itu, kecuali dosa syrik kepada Allah SWT.” Riwayat Imam Tirmizi Daripada Umarah bin Syabib is katanya “Sesungguhnya Rasulullah ﷺ bersabda Sesiapa yang berzikir selepas solat Maghrib dengan zikir seperti di atas’ sebanyak sepuluh kali nescaya Allah SWT akan mengutus baginya seorang malaikat yang sentiasa mengawalnya daripada gangguan syaitan yang direjam hingga waktu pagi, ditulis baginya sepuluh kebaikan, dihapuskan sepuluh kejahatan yang boleh membinasakannya dan diberi pahala seolah-olah memerdekakan sepuluh orang hamba perempuan yang mukminah Riwayat Imam Tirmizi dan an-Nasa’i 3. Seterusnya, Memohon Dijauhkan Azab Neraka Sebanyak 3/7 Kali 🔰 AllahumMa AjirNa MinanNar 3 atau 7 Kali Maksud Ya Allah jauhkan aku daripada azab api neraka Nota Boleh ganti Ajirna أَجِرْنَا dengan AjirNi أَجِرْنِى jika solat sendirian Baca sebanyak 7 kali untuk Solat Subuh dan Maghrib Keterangan Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi ﷺ sabdanya Tidaklah seorang hamba memohon perlindungan dengan Allah SWT daripada azab api neraka sebanyak tujuh kali melainkan neraka akan berkata Wahai Tuhanku, sesungguhnya hamba-Mu si fulan telah memohon perlindungan dengan-Mu daripadaku. Oleh itu lindungilah dirinya.’ Begitu juga tidaklah memohon oleh seseorang hamba kepada Allah So balasan syurga sebanyak tujuh kali melainkan syurga akan berkata Wahai Tuhanku, sesungguhnya hamba-Mu si fulan telah memohon untuk memasukiku. Oleh itu masukkanlah dia ke dalam syurga-Mu” Riwayat Imam Abu Ya’la Daripada Anas bin Malik RA katanya “Rasulullah ﷺ bersabda Sesiapa yang memohon syurga kepada Allah 3 sebanyak tiga kali, nescaya syurga akan berkata Wahai Tuhanku, masukkanlah orang ini ke dalam syurga-Mu. Dan sesiapa yang memohon perlindungan dengan Allah SWT daripada azab api neraka sebanyak tiga kali, nescaya neraka akan berkata Wahai Tuhanku, peliharalah orang ini daripada kepedihan azab api neraka-Mu.” Riwayat Imam al-Nasa’i, Ibn Majah dan al-Hakim 4. Seterusnya, Zikir Memohon Keselamatan 🔰 AllahumMa Antas-Salam, Wa Minkas-Salam, Wa iLayKa Ya UuDus-Salam, FaHayyiNa Rabbana BisSalam, Wa AdHilNal-JannaTa DaaRas-Salam, TaBaaRakTa RabbaNa Wa Ta’AaLaiTa Yaa Dzal-JalaaLi Wal Ikram. Maksudnya Ya Allah Engkaulah penyelamat sejahtera, daripada Engkaulah datangnya kesejahteraan, kepada Engkaulah kembalinya kesejahteraan itu, oleh yang demikian hidupkanlah kami dengan selamat sejahtera dan masukkan kami ke syurga, negara yang aman sejahtera, bertambah-tambah berkatMu Ya Allah Tuhan kami dan Maha Tinggi, ya Allah yang empunya segala kebesaran dan kemuliaan. Keterangan Daripada Thauban RA katanya “Adalah Rasulullah ﷺ apabila selesai sahaja solat fardu, Baginda ﷺ akan beristighfar sebanyak tiga kali. Kemudian Baginda ﷺ akan berzikir dengan menyebut [seperti zikir di atas] dengan sedikit tambahan.” Riwayat Imam Muslim Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumiddin dan Bidayatul Hidayah berkata “Apabila kamu telah selesai mengerjakan solat maka berselawatlah ke atas Nabi Muhammad is dan keluarganya. Kemudian berzikirlah dengan lafaz [seperti zikir di atas].” 5. Seterusnya, Membaca Ta’awuz 🔰 Aa-UuDzu Billahi Minasy-SyaiThonir-Rojim Maksudnya Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam 6. Seterusnya Membaca Al-Fatihah 🔰 Bismillāhir-Raḥmānir-Raḥīm. Al-Ḥamdu Lillāhi Rabbil-Ālamīn. Ar-Raḥmānir-Raḥīm. Māliki Yaumid-Dīn. Iyyāka NaBudu Wa Iyyāka NastaĪn. Ihdinaṣ-Ṣirāṭal-Mustaqīm. Ṣirāṭallażīna AnAmta Alaihim, Gairil-Magḍūbi Alaihim Wa Laḍ-Ḍāllīn Maksudnya Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan hari Akhirat. Engkaulah sahaja Ya Allah Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat. 7. Membaca Ayat Ke-163 Surah Al Baqarah wa ilāhukum ilāhuw wāḥid, lā ilāha illā huwar-raḥmānur-raḥīm Maksudnya Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa, tiada Tuhan Yang berhak disembah selain dari Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Keterangan Daripada Asma’ binti Yazid bahawa sesungguhnya Nabi ﷺ bersabda “Nama Allah SWT Yang Maha Agung terdapat dalam dua ayat al-Quran iaitu pertama [ayat di atas] dan kedua terdapat pada permulaan surah Ali Imran” Riwayat Ashabu al-Sunan kecuali al-Nasa’i 8. Seterusnya Membaca Ayatul Kursi 🔰 allāhu lā ilāha illā huw, al-ḥayyul-qayyūm, lā ta’khużuhū sinatuw wa lā naum, lahū mā fis-samāwāti wa mā fil-arḍ, man żallażī yasyfau indahū illā bi’iżnih, yalamu mā baina aidīhim wa mā khalfahum, wa lā yuḥīṭūna bisyai’im min ilmihī illā bimā syā’, wasia kursiyyuhus-samāwāti wal-arḍ, wa lā ya’ūduhū ḥifẓuhumā, wa huwal-aliyyul-aẓīm Maksudnya Allah, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhlukNya. Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat pertolongan di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari kandungan ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki memberitahu kepadanya. Luasnya Kursi Allah ilmuNya dan kekuasaanNya meliputi langit dan bumi, dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi darjat kemuliaanNya, lagi Maha Besar kekuasaanNya Keterangan Daripada Abu Umamah RA katanya “Rasulullah ﷺ bersabda Sesiapa yang membaca ayat kursi setiap kali selepas solat fardu, maka tidak ada sesuatu yang dapat menghalangnya daripada memasuki syurga kecuali mati” Riwayat Imam al-Nasa’I dan Ibnu Hibban Lihat kelebihan Ayat Kursi pada pautan ini 9. Membaca Ayat Ke-284 Surah Al Baqarah lillāhi mā fis-samāwāti wa mā fil-arḍ, wa in tubdū mā fī anfusikum au tukhfūhu yuḥāsibkum bihillāh, fa yagfiru limay yasyā’u wa yuażżibu may yasyā’, wallāhu alā kulli syai’in qadīr Maksudnya Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya menurut undang-undang peraturanNya Dan ingatlah, Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. 10. Membaca Ayat Ke-285 Surah Al Baqarah āmanar-rasūlu bimā unzila ilaihi mir rabbihī wal-mu’minūn, kullun āmana billāhi wa malā’ikatihī wa kutubihī wa rusulih, lā nufarriqu baina aḥadim mir rusulih, wa qālū saminā wa aṭanā gufrānaka rabbanā wa ilaikal-maṣīr Maksudnya Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman, semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. Mereka berkata “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya”. Mereka berkata lagi Kami dengar dan kami taat kami pohonkan keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali”. 11. Membaca Ayat Ke-286 Surah Al Baqarah lā yukallifullāhu nafsan illā wusahā, lahā mā kasabat wa alaihā maktasabat, rabbanā lā tu’ākhiżnā in nasīnā au akhṭa’nā, rabbanā wa lā taḥmil alainā iṣran kamā ḥamaltahū alallażīna min qablinā, rabbanā wa lā tuḥammilnā mā lā ṭāqata lanā bih, wafu annā, wagfir lanā, warḥamnā, anta maulānā fanṣurnā alal qaumil-kāfirīn Maksudnya Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. Mereka berdoa dengan berkata “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami, oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”. Keterangan Diriwayatkan daripada al-Nu’man bin Basyir RA katanya “Nabi ﷺ bersabda Sesungguhnya Allah SWT telah menulis kitab dan menurunkan daripadanya dua ayat yang menjadi penutup kepada surah al-Baqarah. Tidaklah dibaca kedua-dua ayat ini di mana-mana tempat melainkan syaitan akan menjauhkan diri daripadanya selama tiga malam’.” Riwayat Imam al-Hakim 12. Membaca ayat ke-18 Surah Ali Imran syahidallāhu annahū lā ilāha illā huwa wal-malā’ikatu wa ulul-ilmi qā’imam bil-qisṭ, lā ilāha illā huwal-azīzul-ḥakīm Maksudnya Allah menerangkan kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti, bahawasanya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan seluruh alam dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu mengakui dan menegaskan juga yang demikian, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. 13. Membaca ayat ke-19 Surah Ali Imran innad-dīna indallāhil-islām Maksudnya Sesungguhnya ugama yang benar dan diredai di sisi Allah ialah Islam. 14. Membaca ayat 26 Surah Ali Imran qulillāhumma mālikal-mulki tu’til-mulka man tasyā’u wa tanziul-mulka mim man tasyā’u wa tuizzu man tasyā’u wa tużillu man tasyā’, biyadikal-khaīr, innaka alā kulli syai’in qadīr Maksudnya Katakanlah wahai Muhammad “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. 15. Membaca ayat 27 Surah Ali Imran tūlijul-laila fin-nahāri wa tūlijun-nahāra fil-laili wa tukhrijul-ḥayya minal-mayyiti wa tukhrijul-mayyita minal-ḥayyi wa tarzuqu man tasyā’u bigairi ḥisāb Maksudnya Engkaulah wahai Tuhan yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya. 16. Seterusnya Membaca al-Ikhlas 🔰 Qul huwallāhu aḥad. Allāhuṣ-ṣamad. Lam yalid wa lam yūlad. Wa lam yakul lahū kufuwan aḥad. Maksudnya Katakanlah wahai Muhammad “Tuhanku ialah Allah Yang Maha Esa, Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat, Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan, Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya. 17. Seterusnya Membaca al-Falaq 🔰 qul aūżu birabbil-falaq. min syarri mā khalaq. wa min syarri gāsiqin iżā waqab. wa min syarrin-naffāṡāti fil-uqad. wa min syarri ḥāsidin iżā ḥasad Maksudnya Katakanlah wahai Muhammad, “Aku berlindung kepada Allah Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan, Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk, Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan dan ikatan-ikatan, Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya. 18. Seterusnya Membaca an-Nas 🔰 qul aūżu birabbin-nās. malikin-nās. ilāhin-nās. min syarril-waswāsil-khannās. allażī yuwaswisu fī ṣudūrin-nās. minal jinnati wan-nās Maksudnya Katakanlah wahai Muhammad “Aku berlindung kepada Allah Pemulihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia, Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, Iaitu pembisik dan penghasut dari kalangan jin dan manusia. Keterangan Daripada Uqbah bin Amir RA katanya “Sesungguhnya Rasulullah ﷺ bersabda kepadaku Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Nas merupakan tiga surah yang digunakan oleh manusia untuk memohon perlindungan dengan Allah SWT Sesungguhnya manusia tidak mampu memohon perlindungan dengan Allah SWT tanpa melalui perantaraan seperti ketiga-tiga surah ini. Bacalah surah-surah al-Mu’awwizaat ini setiap kali selepas solat lima waktu. Lalu Rasulullah ﷺ pun menyebut surah-surah al-Mu’awizaat itu.” Riwayat Asabu al-Sunan Daripada Uqbah bin Amir katanya “Rasulullah ﷺ telah menyuruhku supaya membaca surah-surah al-Mu’awizaat setiap kali selesai solat lima waktu. Riwayat Imam Tirmizi, Abu Daud, al-Nasa’, Ibnu Hibban dan al-Hakim 19. Diikuti bacaan Al-Fatihah sekali lagi Bismillāhir-Raḥmānir-Raḥīm. Al-Ḥamdu Lillāhi Rabbil-Ālamīn. Ar-Raḥmānir-Raḥīm. Māliki Yaumid-Dīn. Iyyāka NaBudu Wa Iyyāka NastaĪn. Ihdinaṣ-Ṣirāṭal-Mustaqīm. Ṣirāṭallażīna AnAmta Alaihim, Gairil-Magḍūbi Alaihim Wa Laḍ-Ḍāllīn Maksudnya Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan hari Akhirat. Engkaulah sahaja Ya Allah Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat. 20. Membaca Tasbih 🔰 iLaaHii Yaa Rabbi — SubHaaNallah Maksudnya Ya Allah Ya Tuhanku — Maha Suci Allah Bacaan Untuk Imam Jika solat berjemaah menjadi imam, ayat ini dibaca seperti berikut iLaaHaNaa Yaa RabbaNaa — SubHaaNallah Ya Allah Ya Tuhan Kami — Maha Suci Allah 21. Membaca SubhaaNallah 33 Kali 🔰 SubHaaNallah 33 Kali Maksudnya Maha Suci Allah 22. Membaca Tahmid 🔰 SubHaaNallahi Wa BiHamDiHi Daa Imann AbaDaa — Alhamdulillah Maksudnya Maha Suci Allah, aku bertasbih sambil memuji-muji kekal sentiasa selama-lamanya — segala pujian hanya bagi Allah 23. Membaca Alhamdulillah Sebanyak 33 Kali 🔰 Alhamdulillah 33 Kali Maksudnya Segala pujian hanya bagi Allah 24. Membaca Takbir 🔰 Alhamdulillahi Rabbil-AaLaMin Alaa Kulli HaaLin Wa Ni’Matin — Allahu Akbar Maksudnya Segala pujian hanya bagi Allah, Tuhan pentadbir sekalian alam, mana-mana juga keadaan dan nikmat pengurniaanNya — Allah Maha Besar 25. Membaca Allahu Akbar Sebanyak 33 Kali 🔰 Allahu Akbar 33 Kali Maksudnya Allah Maha Besar 26. Membaca Pelengkap Tasbih, Tahmid dan Takbir 🔰 Allahu Akbar KabiiRaw WalhamDulillahi KaTsiRaw WaSubHaaNallahi BukRataw Wa ASiiLaa Laa iLaaHa ilLallahu WahDaHu Laa SyariiKa LaHu, LaHul-Mulku WaLahul-Hamdu YuhYi Wa YumiiTu WaHuWa ALaa Kulli Syai-in Qadir Wa iLaiHil Masiir. WaLaa HawLa Walaa QuwWaTa ilLaa Billahil-Aliyyil Azim, AstaghFirullah Hal-Aziim. Maksudnya Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah pagi dan petang. Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah Yang Maha Esa, tidak ada bersekutu denganNya sesuatu. Baginya kerajaan, baginya segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan mematikan. Dialah Yang Maha Kuasa ke atas segala sesuatu dan kepada Allah jualah tempat kembali. Dan tidak ada daya dan tidak ada kekuatan, kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung. Aku mohon keampunan daripada Allah. Keterangan Daripada Abu Hurairah RA daripada Rasulullah ﷺ sabda Baginda “Sesiapa yang bertasbih selepas setiap kali solat sebanyak 33 kali, bertahmid 33 kali dan bertakbir 33 kali, jumlah kesemuanya menjadi 99 kali. Apabila dia mencukupkan bilangan keseratus kali dengan menyebut لَا إِلـٰهَ إِلَّا اللّٰهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْـمُلْكُ وَلَهُ الْـحَمْدُ يُـحْيِي وَيُـمِيتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ Nescaya Allah SWT akan mengampunkan dosa-dosanya, walaupun dósa-dosanya seperti buih-buih di lautan.” Riwayat Imam Muslim Daripada Abdullah bin Amru RA katanya “Rasulullah ﷺ bersabda Dua amalan, tidaklah seorang lelaki Muslim istiqamah melakukannya melainkan dia akan memasuki syurga. Kedua-dua amalan ini mudah untuk melakukannya, tetapi sedikit sahaja yang melakukannya. Amalan itu ialah bertasbih kepada Allah SWT setiap kali selepas solat fardu sebanyak sepuluh kali, bertahmid sepuluh kali dan bertakbir sepuluh kali.” Abdullah berkata lagi “Sesungguhnya saya telah melihat Rasulullah ﷺ mengira-ngira zikir-zikir tersebut dengan jari-jarinya sambil Baginda bersabda Tasbih, Tahmid dan Takbir yang diucapkan dengan lidah selepas solat lima waktu berjumlah 150 kesemuanya. Tetapi dari segi timbangan amal di sisi Allah SWT, , la berjumlah 1500 pahala. Apabila berada di tempat tidur kamu bertasbihlah, bertakbirlah dan bertahmidlah sebanyak 100 kali, maka 100 kali itu adalah sebutan dengan lidah, tetapi dari segi timbangan amalnya adalah 1000 pahala. Siapakah antara kamu yang telah melakukan perbuatan maksiat sebanyak 2500 kali dalam sehari semalam.” Lantas para sahabat bertanya Bagaimanakah seorang lelaki tidak mampu memelihara amalan tersebut?’ Jawab Rasulullah ﷺ Semasa lelaki itu sedang solat, syaitan akan datang menggoda dengan mengganggu fikirannya sambil berkata Cuba ingat itu! Cuba ingat ini!’ Iblis berterusan melalaikannya dan menggodanya dengan kata-kata sedemikian sehingga dia selesai solat. Apabila syaitan bertindak demikian maka boleh jadi lelaki itu akan meninggalkan zikir-zikir tersebut selepas solat. Semasa seorang lelaki berada di tempat tidurnya pula, syaitan akan datang berusaha bagi mempercepatkan tidurnya sehingga lelaki itu tertidur.” Riwayat al-Bukhari, Tirmizi, Abu Daud, al-Nasa’i, Ibn Majah dan Ibn Hibban Setelah selesai bacaan wirid, berdoalah ke hadrat Allah. Selepas solat fardhu merupakan antara waktu-waktu yang senang dimakbulkan doa. Pohonlah mengikut keperluan diri atau berdoa sebagaimana doa-doa yang disediakan dibawah Disini saya sediakan enam doa solat yang sangat sesuai dibacakan selepas solat fardu Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Anda boleh memilih salah satu doa solat di bawah yang anda rasakan sesuai dengan anda. Bantuan audio dan ejaan dalam rumi juga disediakan bagi membantu anda. Doa Solat 1 Bacaan dalam Rumi Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillahirobbil alamin, wassolatu wassalaamu alaa asyrofil anbiyaa iwalmursalin sayyidina muhammadin wa’alaa aalihi wasohbihi ajma’in. Allahumma taqobbalminnaa solaatana wadhu’aa ana innaka antassami’ul alim, watub alainaa innaka antattawwaburrohim. Allahummaj aldinanaa diinannabiyyi muhammadin sollallahu alaihi wasallam, wa islaamana islaamal muslimiin, wa iimananaa iimanal mu’minin, wasolaatana solaatal khoosyi’in. wa a’maalana a’maalassolihin, waniyyaa tana niyyatal mukhlisin, wazunuubana ya Allahu zunuubal mustaghfirin. Wahayaatana hayaatal ulama’, wamautana bimautissyuhada, wa adkhilnal jannata ma’al anbiyaa’i alaihimusoolatu wassalam. Robbona aatina fiddunya hasanah, wafil aakhiroti hasanah, waqina azaabannar, wasollallahu ala khoiri khoqihi sayyidina muhammadin wa’ala aalihi wasohbihi wasallam, subhaana robbika robbil izzati amma yasifun, wasalaamun alal mursalin, walhamdulillahi robbil alamin. Maksudnya Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam atas semulia-mulia para nabi dan rasul, junjungan kami Muhammad dan ats keluarga dan sahabat Baginda seluruhnya. Ya Allah, ya Tuhan kami! Terimalah solat dan doa kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Berilah keampunan kepada kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Ya Allah, jadikanlah agama kami agama Nabi Muhammad. Keislaman kami, Islam yang sebenar-benarnya. Keimanan kami, iman yang sempurna. Solat kami, solat yang khusyuk. Amal kami, amal yang soleh. Niat kami, niat yang ikhlas. Jadikanlah dosa-dosa kami, dosa-dosa yang terampun. Jadikanlah hidup dan kehidupan kami, hidup dan kehidupan para ulama. Mati kami dengan mati syahid. Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam syurga bersama dengan para Nabi. Ya Tuhan kami, kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan di akhirat. Jauhkanlah kami daripada seksaan neraka. Semoga Allah mencurahkan kesejahteraan ke atas sebaik-baik makhluknya, junjungan kami Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya. Maha suci Tuhan yang Maha Mulia daripada sebarang kekurangan. Salam sejahtera ke atas para rasul dan segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Doa Solat 2 Doa dalam ejaan rumi Bismillahi rahman nirrahim, alhamdulillahi robbil alamin, hamdan yuwa fi ni’mahu wa yukaffi-u-mazidah, ya rabbana lakal hamdukama yan barghi lijali wajhika wa azimi sultonik. Allahummasolli ala saiyyidina muhammadin fi awwalin wal akhirin, wassalim waradiallahu taala an sadatina ashabi saiyidina rasulillah hi ajmain. Allahummah yi na bil iiman, wahsyurna bi imaan, wa adhilna jannata maal imaan, birahmatika ya arhamarrohimin. Allahumma aa inna ala zikrika wa syukrika wa husni ibadatika. Allahumma inna nas aluka ill huda wattuko wal afa-fa wal-gri-na. Allahumma taqabbal minna solatana tammah. Wagfirlana zunubana ammah Walaa tuabzibnaa ilaa yaumil qiyamah innaka alaa kulli syai’in qodir. Allahummagfirlana zunubana waliwalidaina warhamhuma kama robbayana sogriro. Allahummah yiina bihayatil ulama’ wa amitna bimauti syuhada’, wagsyurna fi zumrotil auliya’ wa adhilnal jannata maal anbiya-i-alaihimussolatu wassalam. Rabbana laa tuzig kulubana ba’da iz hadaitana wa hablana min ladunka rahmah innaka antal-wahhab. Rabbanag-firlana zunubana wa isrofana fi amrina wa ssabit akdamana, wansurna alal qaumil kafirin. Rabbana fagfirlana zunubana, wakaffir anna saiyiatina, watawaffana ma’al abrar. Allahumma robbana atina fiddunya hasanatan wa fil aa hiroti hasanatan wakina azabannar. Allahumma tim lanaa yaa Allah bi husnil khotimah, wala tahtim alaina yaa Allah bi suu ill khotimah. Wasallallahhu ala saiyidina muhammadin wa ala alihi wasohbihi wassalam, Subhana robbika robbil izzati amma ya sifun, wassalamu alal mursalin, Walhamdulillahi robbil alamin. Maksudnya Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Dengan puji yang sebanding dengan nikmatNya dan menjamin tambahanNya. Wahai Tuhan kami, bagiMu segala pujian yang selayaknya bagi keagungan zatMu dan kebesaran kekuasaanMu. Ya Allah, cucurilah kesejahteraan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad mencakupi orang-orang terdahulu dan terkemudian, dan anugerahkanlah keselamatan kepadanya. Restu Allah mudah-mudahan dikurniakan kepada pemimpin-pemimpin kami dari kalangan para sahabat Rasulullah sekalian. Ya Allah, hidupkanlah kami dengan iman, kumpulkan kami dengan iman dan masukkan kami ke dalam syurga bersama iman, dengan berkat rahmatMu, wahai Yang Paling Pengasih di antara yang mengasihani. Ya Allah, tolonglah kami untuk mengingati Mu, bersyukur kepada Mu dan melakukan ibadah yang sebaiknya untuk Mu. Ya Allah, kami pohon kepadaMu petunjuk, ketaqwaan, kehormatan diri dan kecukupan. Ya Allah, terimalah solat kami sepenuhnya, dan ampunkanlah segala dosa kami semuanya. Janganlah Engkau seksa kami biar pun sampai ke hari kiamat nanti. Sesungguhnya engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami dan ibu bapa kami. Rahmatilah mereka berdua sebagaimana mereka mendidik kami dengan baik sejak kecil. Ya Allah, hidupkan kami seperti kehidupan para ulama. Matikan kami seperti kematian para syuhada. Kumpulkan kami ke dalam kumpulan para wali. Masukkan kami ke dalam syurga bersama nabi. Wahai Tuhan kami, janganlah engkau pesongkan hati kami setelah mana Engkau berikan petunjuk kepada kami. Berikan kami rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkau adalah Tuhan Maha Pemberi. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan keterlanjuran kami dalam segala urusan kami. Serta teguhkanlah pendirian kami dan tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah segala dosa kami, hapuskan kejahatan kami dan matikan kami bersama-sama orang yang baik. Ya Allah, berikan kepada kami di dunia ini kebaikan dan di akhirat juga kebaikan. Selamatkan kami daripada api neraka. Ya Allah, sudahi ajal kami dengan kesudahan yang baik. Janganlah Engkau sudahi terhadap kami, ya Allah, dengan kesudahan yang buruk. Selawat dan salam sejahtera Allah ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan para sahabatnya. Maha Suci Tuhan yang Maha Mulia daripada sebarang kekurangan. Salam sejahtera ke atas para rasul dan segala puji hanya untuk Allah, Tuhan sekalian alam. Doa Solat 3 Doa dalam ejaan rumi Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillahi robbil alamin, wassolatu wassalam ala saiyyidil mursalin wa imamil muttaqin, wa ala alihi ahli baitihi wasohbihi ajmain. Allahumma inna nas aluka salamatan fiddin wa afiyatan fil jasad, wa ziyadatan fil ilmi wabarakatan fil rizki, watau batan qoblal maut warahmatan indal maut, wa magfiratan ba’dal maut. Allahumma hauwin alaina fil sakaratil maut, wannaja ti minannar wa afwa indal hisab. Rabbana laa tuzig kulubana ba’ da iz hadaitana wa hablana min ladunka rahmah, innaka antal wahhab. Allahhuma ahyina bil imaan, wa amitna bil imaan, wa adkhilnal-jannata ma’al imaan. Allahumagfirlana zunubana waliwa-lidaina war hamhumma kama robbayana soghri-ro. Allahummahtim lana bi husnil-khotimah, wala tahtim alaina bi suu-il-khotimah. Rabbana atina fiddunya hasanatan, wafil-Aa-khiroti hasanatan wakina azab-bannar. Wassalallhu ala saiyidina muhammadin wa ala alihi wa sohbihi wassalam, walhamdulillahi robbil alamin. Maksudnya Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas penghulu para rasul dan ikutan orang-orang bertakwa Nabi Muhammad, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. Ya Allah! sesungguhnya kami memohon kepadaMu keselamatan pada agama, kesihatan jasad, ditambah ilmu pengetahuan, keberkatan rezeki, taubat sebelum mati, rahmat ketika mati dan keampunan setelah mati. Ya Allah! Ringankanlah ke atas kami semasa sakaratul maut, lepaskanlah daripada api neraka dan kemaafan semasa diadakan perhitungan hisab. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pesongkan hati kami setelah mana Engkau berikan petunjuk kepada kami. Berikanlah kami rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkau adalah Tuhan Maha Pemberi. Ya Allah! Hidupkanlah kami dengan iman dan matikanlah kami dengan iman, serta masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah! Ampunilah segala dosa-dosa kami dan dosa-dosa kedua-dua ibu bapa kami. Kasihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa kami masih kecil. Ya Allah! Akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Wahai Tuhan kami, kurniakan kepada kami kebaikan di dunia dan juga di akhirat. Peliharalah kami daripada azab api neraka. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga serta sahabat-sahabat baginda. Segala puji itu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh Alam. Doa Solat 4 Doa dalam ejaan rumi Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillahirobbil alamin, wassolatu wassalaamu alaa sayyidina muhammadin ashrofil mursalin, wa’alaa aalihi wasohbihi ajma’in. Allahumma ahyina bil iimaan, wa amitna bil iimaan, wa adkhilnal jannata ma’al iimaan, Allahummaghfirlana zunuubana waliwaa lidaina warhamhuma kamaa robbayaanaa soghiro, Allahummakhtim lanaa bi husnil khotimah, wala takhtim alaina bi suu’il khotimah, robbana laa tuzigh qulubana ba’daiz hadaitana wahablana milladunka rohmatan innaka antal wahhab. Robbana aatinaa fiddunya hasanah wafil aakhirotihasanah waqinaa azaabannar, wasollallahu ala sayyidina muhammadin wa’ala aalihi wasohbihi wasallam, walhamdulillahirobbil alamiin. Maksudnya Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. Ya Allah! Hidupkanlah kami dengan iman dan matikanlah kami dengan iman, serta masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah! Ampunilah segala dosa-dosa kami dan dosa-dosa kedua ibubapa kami. Kasihanilah kedua ibubapa kami sepertimana mereka berdua mengasihani kami sewaktu kami masih kecil. Ya Allah! Akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah Engkau akhiri umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Ya Allah! Janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan juga di akhirat. Peliharalah kami daripada azab neraka. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga serta sahabat-sahabat Baginda. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam. Doa Solat 5 Bacaan Dalam Rumi Bismillahi rahmanirrahim, alhamdulillahi robbil alamin, wassollatu wassalamu ala asyrafil anbiya’i wal mursalin, wa ala aalihi wasohbihi ajmain. Allahumma inna nastahfizuka wanastau di uka dinana wa aha-lina wakulli syai-in a’taitana, Allahummaj alna wa iyyahum fi kanafika wa amanika wajawarika min kulli syaitonin marid wajabbarin anid wazi ain wazi baghyin wazi hasadin wazi kulli syarrin innaka ala kulli syai-in qodir. Allahumma aslih zaata bainina wa allif baina qulubina wahdina subulassalam wanajjina minazzulumati ilannuri wajannibnal fawahisya mazoharo min ha wama baqon. Allahumma barik lana fi asma ina wa absorina waqulubina wa azwajina wa zurriyyatina watub alaina innaka antattauwa burrohim. Waj’alna Syakirina Lini’matika musnina biha qobilina laha wa atimmaha alaiha. Rabbana Aatina fiddunya hasanah wafil akhiroti hasanah waqina azabannar, wasollallahu ala sayyidina muhammadin subhana robbika robbil izzati amma yasifun wasalamun alal mursalin walhamdulillahi robbil alamin. Maksudnya Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, segala puji adalah semata-mata untuk Allah, Tuhan pemerintah alam. Selawat dan salam adalah untuk junjungan besar semulia-mulia Nabi dan Rasul dan begitu juga ke atas keluarga serta sahabat Baginda semuanya. Ya Allah, Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami memohon supaya Engkau memelihara kami. KepadaMu-lah kami pertaruh agama kami, ahli keluarga kami, harta-harta kami. Ya Allah, jadikanlah kami dan mereka itu dalam pemeliharaan, perlindungan, keamanan dan penjagaanMu daripada semua syaitan, dan yang mempunyai mata yang mempunyai kedengkian, dan yang mempunyai kejahatan. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. Ya Allah, perbaikilah perhubungan kami, dan lembutkanlah antara hati-hati kami, dan tunjukkan kami jalan keselamatan, dan lepaskan kami daripada kegelapan kepada cahaya, dan jauhkan kami daripada sebarang kejahatan sama ada yang terang ataupun yang tersembunyi. Ya Allah, berkatilah pendengaran dan penglihatan kami, dan hati-hati kami, dan isteri kami, dan keturunan kami. Dan berilah kami taubat, sesungguhnya Engkau maha memberi taubat lagi maha penyayang dan jadikanlah kami bersyukur atas nikmat-nikmatMu, memuji dengan nikmat pemberiaanMu dan sempurnakan nikmatMu ke atasnya. Ya Tuhan kami, kurniakan kepada kami kebajikan dunia dan kebajikan di akhirat dan pelihara kami daripada azab neraka. Rahmat Allah ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad, ke atas keluarga dan para sahabat semuanya. Maha Suci Tuhanku, Tuhan yang mempunyai sifat kemuliaan daripada apa yang mereka sejahtera atas segala Rasul dan segala puji semata-mata untuk Allah yang memerintah sekalian alam. Doa Abu Darda Seorang sahabat Rasulullah SAW dan ahli ibadah yang terkenal dengan nama Abu Darda’ telah mengamalkan doa di bawah ini setiap lepas Subuh dan Maghrib. Doa ini bertujuan untuk memohon perlindungan dan keselamatan daripada Allah SWT bagi diri, ahli keluarganya dan harta bendanya dari gangguan dan kejahatan jin, syaitan, haiwan dan manusia. Menurut riwayat, beliau mengamalkan doa di bawah ini yang didapatinya daripada Rasulullah SAW. Berikut adalah doa tersebut Bacaan Dalam Rumi Bismillahi rahmanirrahim, alhamdulillahi robbil alamin, wassolatu wassalamu ala sayyidina muhammadin ashrofil anbiya’i wal mursalin, wa ala Aalihi wasohbihi ajmain. Allahumma anta robbi, Laa ilaha illa anta. Alaihi tawakkaltu, wa anta robbul arsyil-azim. MasyaAllahu kaa na, wa maa lam yasha’ lam yakun. Laa haula wala quwwata illa billahil azim. A’lamu annallaha ala kulli syai’in qodir, wa annallaha kod Ahatho bikulli syai’in ill-ma. Allahumma inni Auzubika min syarri nafsi, wa man syarri kulli dabbatin anta aakhizun binasiyatiha inna robbi sirotin mustaqim. Wasollallahu ala sayyidina muhammadin wa ala Aalihi wasohbihi wassalam, walhamdulillahi robbil alamin. Maksudnya Segala puji hanyalah bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas tuan kami, Nabi Muhammad semulia-mulia nabi dan rasul, selawat dan salam ini juga dilimpahkan ke atas ahli keluarga Baginda, dan para sahabatnya sekalian. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada tuhan yang layak disembah melainkan Engkau. Aku hanya bertawakkal kepadaMu , dan Engkaulah Tuhan bagi Arasy yang besar. Apa yang dikehendaki oleh Allah pasti akan berlaku, dan apa yang tidak dikehendakinya pasti tidak akan berlaku. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Aku mengetahui bahawa Allah Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu, dan bahawa ilmu Allah meliputi segala perkara. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada kejahatan diriku dan kejahatan setiap binatang yang melata yang Engkau memegang ubun-ubun mereka berkuasa ke atas setiapnya. Sesungguhnya Tuhanku berada di atas jalan yang lurus. Semoga Allah melimpahkan selawat ke atas tuan kami, Nabi Muhammad, ahli keluarga Baginda, para sahabatnya, dan berilah kesejahteraan kepada mereka. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Doa Selepas Solat Ringkas Jika anda kesuntukan masa untuk berwirid dan doa, sekurang-kurangnya anda boleh membaca salah satu doa-doa ringkas di bawah ini 1. Dipetik daripada Sunan Abu Daud daripada Muslim bin al-Haris at-Tamimi, salah seorang sahabat berkata, Rasulullah SAW berbisik-bisik kepadanya, katanya Selepas solat Maghrib, bacalah Allahumma Ajirnii Minan-nar 7 kali Maksudnya “Ya Allah, lindungilah aku daripada api neraka” sebanyak 7 kali. Sesungguhnya apabila engkau mengucapkannya kemudian engkau mati malam itu, engkau pasti dilindungi daripada neraka. Dan ucapkan juga selepas solat subuh. Sesungguhnya jika engkau mengucapkan kemudian engkau mati pada hari itu, engkau pasti dilindungi daripada neraka Riwayat Abu Daud 2. Dalam kitab Ibnu Sunni, Ummu Salamah berkata, selepas Rasulullah SAW solat Maghrib, Baginda masuk ke rumah kemudian solat dua rakaat dan membaca Ya Muqollibal-Qulub, Tsabit Quluubana Ala Diinik Maksudnya Wahai Zat yang membalik-balikkan hati dan penglihatan, tetapkanlah hati-hati kami di atas agamaMu. 3. Dalam kitab at-Tirmizi, Amarah bin Syabib berkata, Rasulullah SAW bersabda Laa Ilaha Illallahu Wahdahu Laa SyariiKalah, Lahul-Mulku Walahul-Hamdu, Yuhyi Wayumitu Wahuwa Ala Kulli Syai’in Qodir 10 kali Maksudnya Siapa yang membaca, “Tiada tuhan yang patut disembah selain Allah semata yang tiada sekutu bagiNya. MilikNya segala kerajaan dan bagiNya segala pujian. Dia Maha Menghidupkan lagi Maha Mematikan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu” sebanyak 10 kali selepas Maghrib, pasti Allah akan mengirimkan sepasukan malaikat bersenjata yang menjaganya daripada syaitan sehingga pagi hari, Allah akan memberikan 10 pahala yang menghantarnya ke syurga, menghapuskan 10 dosa yang mencelakakannya, dan bacaan itu sama nilainya dengan memerdekakan 10 orang hamba mukmin. 4. Doa meminta perlindungan Allah & Dipermudahkan Urusan Setiap Masa Yaa Hayyu Yaa Qayyum bi Rahmatika astagheeth, Aslih-Lee Sha’nii Kullahu, Wa Laa Takilnii iLaa Nafsi Tarfata Aynin Maksudnya Tuhan yang Selamanya Hidup, Tuhan Yang Abadi, Dengan belas kasihanMu, aku meminta perlindungan, permudahkanlah semua urusanku dan jangan tinggalkan aku sendiri walaupun hanya sekelip mata. Penutup Kepentingan Doa Salah satu nama Allah yang baik dan indah ialah al-Sami’ Allah Maha mendengar rintihan, aduan, kebimbangan dan luahan rasa daripada hamba-hambaNya pada setiap masa, tempat dan ketika. Antara suara yang paling Allah cintai selain daripada tangisan hambaNya yang bertaubat ialah doa daripada hambaNya yang meminta. Allah setia mendengar rintihan hamba-hambaNya ibarat kekasih. “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina. — Surah Ghafir ayat 60 Orang yang tidak berdoa boleh dikira sombong terhadap Allah. Dia secara langsung seperti tidak mengakui sifat-sifat kehambaannya yang rendah, miskin, jahil dan hina itu. Maka berdoalah. Doa untuk membuktikan sifat kehambaan kita di hadapan Allah SWT. Sebagai hamba, kita memerlukan Allah lebih dari daripada segala-galanya dalam hidup ini. Segala kelemahan dalam panduan ini akan diperbaiki dari masa ke semasa. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, bolehlah dinyatakan pada ruangan komen di bawah. Semoga panduan ini bermanfaat kepada anda
Solat tahajjud ialah amalan solat sunat yang paling utama dalam Islam. Ini berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW yang dinukilkan oleh Imam Muslim dalam kitab hadisnya أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ. وَأَفْضَلُ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلاَةُ اللَّيْلِ Puasa yang paling utama setelah puasa Ramadan adalah puasa sunat pada bulan Allah iaitu bulan Muharram. Sedangkan solat yang paling utama setelah solat wajib adalah solat malam Tahajjud. Tahajjud bermaksud terjaga atau meninggalkan tidur. Oleh itu, solat tahajjud ini sangat baik dilakukan setelah kita tidur terlebih dahulu di malam hari. Waktu Solat Tahajjud Solat tahajjud hanya boleh dilakukan pada waktu yang khusus iaitu selepas solat Isya’ sehinggalah sebelum masuknya waktu solat subuh. Solat ini paling afdhal dilakukan sendirian setelah bangun dari tidur di kawasan yang sunyi dan tenang. Ini supaya kita dapat fokus dan khusyu’ menyembah Allah Taala. Solat ini sangat dituntut dalam Islam dan Rasulullah SAW sendiri tidak pernah meninggalkan solat ini sepanjang hayat baginda. Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra’ ayat 79 وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَّكَ عَسَىٰ أَن يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَّحْمُودًا Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “sembahyang tahajjud” padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. Hukum Solat Tahajjud Solat tahajjud hukumnya ialah sunat muakkad. Iaitu satu ibadah sunat yang sangat-sangat dituntut untuk dilakukan umat Islam. [Baca juga Solat Dhuha & Doa Yang Betul Dan Mudah] Cara Mendirikan Solat Sunat Tahajjud Yang Betul Sepertimana solat sunat yang lain, solat tahajjud juga sama dari segi rukun, syarat sah dan lain-lainnya seperti solat fardhu. 1. Niat Solat Tahajjud أُصَلِّي سُنَّةَ التَهَجُّدِ رَكعَتَينِ للهِ تَعَالَي Niat solat tahajjud dalam rumi Ushalli sunnatat tahajjudi rak’ataini Lillahi ta’ala “Sahaja aku solat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Taala” 2. Bacaan Surah Alfatihah dan Surah Al-Quran Tiada sebarang penetapan ayat Al-Quran atau Surah yang perlu dibaca dalam solat ini. Anda boleh membaca apa sahaja surah yang panjang mahupun yang pendek. Untuk memudahkan, anda boleh membaca Surah Al-Kafirun di rakaat pertama, dan Surah Al-Ikhlas di rakaat kedua. Surah Al-Kafirun Surah Al-Ikhlas Para sahabat dan salafussoleh suka membaca ayat-ayat Al-Quran yang panjang seperti yang dilakukan Rasulullah SAW عَنْ حُذَيْفَةَ قَالَ صَلَّيْتُ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ لَيْلَةٍ فَافْتَتَحَ الْبَقَرَةَ فَقُلْتُ يَرْكَعُ عِنْدَ الْمِائَةِ ثُمَّ مَضَى فَقُلْتُ يُصَلِّي بِهَا فِي رَكْعَةٍ فَمَضَى فَقُلْتُ يَرْكَعُ بِهَا ثُمَّ افْتَتَحَ النِّسَاءَ فَقَرَأَهَا ثُمَّ افْتَتَحَ آلَ عِمْرَانَ فَقَرَأَهَا يَقْرَأُ مُتَرَسِّلًا إِذَا مَرَّ بِآيَةٍ فِيهَا تَسْبِيحٌ سَبَّحَ وَإِذَا مَرَّ بِسُؤَالٍ سَأَلَ وَإِذَا مَرَّ بِتَعَوُّذٍ تَعَوَّذَ ثُمَّ رَكَعَ فَجَعَلَ يَقُولُ سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ فَكَانَ رُكُوعُهُ نَحْوًا مِنْ قِيَامِهِ ثُمَّ قَالَ سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ ثُمَّ قَامَ طَوِيلًا قَرِيبًا مِمَّا رَكَعَ ثُمَّ سَجَدَ فَقَالَ سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى فَكَانَ سُجُودُهُ قَرِيبًا مِنْ قِيَامِهِ Daripada Huzaifah, beliau berkata “Pada suatu malam aku solat dengan Rasulullah Baginda memulakan bacaan dengan al-Baqarah. Aku berkata dalam hati Baginda akan rukuk apabila sampai ayat ke seratus. Kemudian Rasulullah terus membaca selepas seratus ayat, lalu aku berkata dalam hati Baginda akan habiskan al-Baqarah dalam rakaat ini. Lalu baginda habis baca al-Baqarah, maka aku berkata hati Baginda akan rukuk. Kemudian Rasulullah memulakan bacaan an-Nisa’ pula, sehingga habis. Kemudian baginda memulakan Ali Imran sehingga habis. Baginda membaca perlahan-lahan, apabila jumpa ayat tasbih, baginda bertasbih, apabila jumpa ayat doa, baginda berdoa, apabila jumpa ayat berlindung, baginda meminta perlindungan. Kemudian baginda rukuk dan membaca سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ , rukuknya panjang hampir sama dengan berdirinya tadi. Kemudian baginda berkata سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ , baginda berdiri lama hampir menyamai rukuknya tadi. Kamudian baginda sujud dan membaca سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى , sujudnya panjang hampir menyamai berdirinya tadi.” Hadith riwayat Muslim, dalam Bab Galakan Memanjangkan Bacaan Pada Solat Malam Walau bagaimanapun, sekiranya solat tahajjud dilaksanakan secara berjemaah, imam perlulah membaca bacaan yang lebih pendek dan ringkas bagi memudahkan makmum yang lebih tua, sakit atau mempunyai urusan lain 3. Bilangan Rakaat Solat Tahajjud Paling kurang 2 rakaat Tiada had maksimum rakaat. Anda boleh solat sehingga 100 rakaat sekiranya mampu tetapi yang terbaik dan yang dilakukan Nabi Muhammad SAW ialah sebanyak 10 rakaat dan diikuti dengan 1 rakaat solat sunat witir 4. Berwirid dan Berzikir Setelah tamat mengerjakan solat ini, jangan tergesa-gesa tetapi sebaiknya ambillah sedikit masa untuk berwirid dan berzikir. Antara zikir dan wirid yang boleh diamalkan ialah سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ dan لا إله إلا الله Zikir dan wirid ini juga boleh diamalkan semasa selang antara dua rakaat tahajjud sekiranya anda melakukan lebih dari 2 rakaat. [Baca juga Doa Qunut Solat Subuh – Bacaan, Rumi dan Penjelasannya] Doa Solat Tahajjud Yang Ringkas Dan Mudah Berikut adalah antara doa yang boleh diamalkan selepas solat tahajjud. اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ قَيِّمُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ, وَلَكَ الْحَمْدُ لَكَ مُلْكُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ, وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ نُورُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ , وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ مَلِكُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ ,وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ الْحَقُّ وَوَعْدُكَ الْحَقُّ وَلِقَاؤُكَ حَقٌّ وَقَوْلُكَ حَقٌّ وَالْجَنَّةُ حَقٌّ وَالنَّارُ حَقٌّ, وَالنَّبِيُّونَ حَقٌّ وَمُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَقٌّ وَالسَّاعَةُ حَقٌّ, اللَّهُمَّ لَكَ أَسْلَمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْكَ أَنَبْتُ وَبِكَ خَاصَمْتُ وَإِلَيْكَ حَاكَمْتُ, فَاغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ, أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَوْ لاَ إِلَهَ غَيْرُكَ. Maksudnya Ya Allah, bagi Mu segala puji. Engkau pencipta dan pemelihara pengatur langit dan bumi serta segala isinya. Bagi Mu segala puji, kepunyaan Mu kerajaan langit dan bumi serta segala isinya. Bagi Mu segala puji, Engkau adalah nur cahaya langit dan bumi. Bagi Mu segala puji, Engkau lah penguasa langit dan bumi. Bagi Mu segala puji, Engkau adalah haq Maha Benar, janji Mu adalah benar, pertemuan dengan Mu adalah benar, firman Mu adalah benar, syurga adalah benar, neraka adalah benar, para nabi adalah benar, Muhammad shallallahu alaihi wasallam adalah benar, dan hari kiamat adalah benar. Ya Allah, hanya kepada Mu aku berserah diri, kepada Mu aku beriman, kepada Mu aku bertawakal dan hanya kepada Mu aku kembali. Kerana Engkau aku memusuhi dan hanya kepada Mu aku mengambil keputusan. Ampunilah aku atas segala yang telah aku lakukan dan apa yang akan aku lakukan, apa yang aku rahsiakan dan apa yang aku nyatakan. Engkau lah zat yang Maha Awal dan Maha Terakhir, tidak ada sembahan kecuali Engkau. Amalan-Amalan Sunat Lain Yang Boleh Dibuat Semasa Solat Tahajjud 1. Mengejutkan isteri dan ahli keluarga untuk bangun bersolat tahajjud bersama-sama “Allah merahmati seorang suami yang bangkit dari sebahagian malam lalu ia sembahyang dan mengejutkan isterinya. Kalau isterinya itu enggan, ia merenjiskan air ke mukanya. Juga Allah merahmati seorang isteri yang bangkit pada sebahagian malamnya lalu ia sembahyang dan mengejutkan suaminya. Jikalau suaminya enggan maka ia merenjiskan air ke mukanya”. Hadis Abu Daud Allah merahmati seorang suami yang bangun pada waktu malam dan mengejutkan isteri dan ahli keluarganya atau sebaliknya. 2. Menguatkan suara bacaan atau membaca dengan perlahan Dibolehkan untuk anda membaca secara perlahan atau dengan suara yang kuat walaupun ianya solat sunat. 3. Memanjangkan Solat Nabi Muhammad SAW ada bersabda yang maksudnya, solat yang paling utama ialah yang paling lama berdirinya. Ini bermaksud, seseorang mendirikan solat dan sengaja membaca ayat yang panjang-panjang dan menghayati solat malam ini. Kelebihan Dan Fadhilat Solat Tahajjud Memudahkan untuk masuk syurga Dikurniakan sebuah bilik di dalam syurga nanti Membentuk keperibadian yang mula seperti merendah diri dan tidak sombong Dijanjikan Allah akan ditinggikan darjat mereka yang bangun dan bersujud pada waktu malam Termasuk dalam golongan yang dicintai dan diredhai Allah Lebih dekat dan rapat dengan Allah Taala Lebih mudah untuk dimakbulkan doa Soalan Dan Kemusykilan Berkaitan Solat Tahajjud 1. Perlukah untuk tidur terlebih dahulu sebelum bangun mengerjakan solat tahajjud? Sebahagian ulama’ tidak meletakkan syarat untuk tidur terlebih dahulu sebelum boleh bangun untuk mengerjakan solat malam. Solatnya tetap sah. Cuma, apa yang lebih afdhol dan menurut apa yang Rasullulah SAW lakukan ialah dengan berehat dan tidur sedikit terlebih dahulu. Ini dapat memberikan tenaga untuk kita solat dengan lebih khusyu’ dan lama. 2. Saya terbangun pada waktu syuruk, bolehkah saya mendirikan solat tahajjud? Boleh. Selagi tidak masuknya waktu solat subuh, selagi itu anda boleh mengerjakan solat tahajjud. Sekiranya sudah agak lewat, bolehlah meringkaskan bacaan dan mengerjakan hanya 2 rakaat sahaja untuk mengelakkan dari tergesa-gesa dalam solat.
doa selepas solat tahajud dalam rumi